Jenazah Nazrin dibedah siasat kali kedua petang ini - Utusan Malaysia

Jenazah Nazrin dibedah siasat kali kedua petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini hari ini selepas proses penggalian semula kubur selesai.

Jenazah Nazrin dibawa menaiki van jenazah Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang diiringi oleh beberapa kenderaan pihak polis dan ahli keluarga yang dilihat keluar dari kawasan perkuburan pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Selepas proses penggalian yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu selesai, jenazah Nazrin akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat kali kedua yang dijangka akan dilakukan petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan proses penggalian semula kubur berkenaan telah selesai.

“Jenazah Nazrin telah dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan berkenaan,” katanya ringkas.

Kosmo! Online pada 2 Oktober lalu melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se­nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, menyatakan permohonan untuk menggali kubur jenazah Nazrin dibuat oleh pegawai penyiasat kes tersebut.

Susulan daripada itu, Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula bagi tujuan bedah siasat kali kedua.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di sini, kira-kira pukul 12.20 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini