KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Nazrin Hassan yang kuburnya digali semula kelmarin dijadual dikebumikan pada Jumaat ini selepas prosedur bedah siasat kali kedua selesai kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses bedah siasat ke atas jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., telah selesai dilakukan di Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin.
“Proses bedah siasat telah selesai dilakukan semalam (kelmarin) bermula pukul 4 petang sehingga pukul 6 petang,” kata beliau selepas merasmikan Seminar Pemantapan Integriti dan pelancaran Jurnal Integriti PDRM 2018 di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











