JBPM Perak juara keseluruhan kawad bomba - Utusan Malaysia

JBPM Perak juara keseluruhan kawad bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 4 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak muncul sebagai juara keseluruhan Pertandingan Kawad Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan ke-20 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, dekat sini hari ini.

Perak yang merangkul dua pingat emas dan satu perak serta gangsa membawa pulang hadiah berupa piala serta medal.

Tempat kedua dimenangi JBPM Selangor yang memperoleh dua emas dan satu gangsa manakala Pulau Pinang di tempat ketiga menerusi satu emas dan dua perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kategori fire fighting challenge, tempat pertama menjadi milik JBPM Kuala Lumpur diikuti Sabah (kedua) dan Johor (ketiga).

JBPM Pahang pula menjuarai kategori sarnav manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Melaka dan Selangor.

Kategori road traffic accident pula, johan menjadi milik JBPM Perlis, disusuli Kelantan dI tempat kedua dan Perak di tempat ketiga.

Dalam kategori kawad kaki, Selangor dinobat sebagai juara manakala Pulau Pinang di tempat kedua dan Kedah di tempat ketiga.

Pertandingan dalam sembilan acara itu berlangsung selama empat hari dengan disertai lebih 700 anggota dari seluruh negara.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Soiman Jahid dalam majlis penutup pertandingan itu di akademi berkenaan petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini