Janji benteng terakhir Perak - Utusan Malaysia

Janji benteng terakhir Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI individu terakhir di depan gawang bukan tugas mudah buat Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy apabila bakal berdepan cabaran rangkaian penyerang Terengganu Football Club I (TFC I) pada final Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam esok.

Namun, bagi pemain berusia 25 tahun itu alah bisa tegal biasa apabila bertekad untuk mengelak pintu golnya daripada dibolosi pasukan lawan menerusi komunikasi yang baik dengan barisan pertahanan.

“Sekiranya saya dan barisan pertahanan mempunyai komunikasi yang baik, ia mampu mengelakkan TFC I menjaringkan gol, terutamanya pada minit-minit awal perlawanan.

“Bagaimanapun, pasukan kami tidak boleh terlalu mengharapkan barisan pertahanan. Kita bermain sebagai satu pasukan dan perlu bekerjasama sebagai satu unit untuk menghalang asakan TFC I,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Kali terakhir skuad The Bos Gaurus muncul juara Piala Malaysia ialah pada edisi 2000 setelah menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN