Jangan UPKO sebagai parti kecil - Donald Majuntin - Utusan Malaysia

Jangan UPKO sebagai parti kecil – Donald Majuntin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 12 Okt. — Anggota Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) tidak seharusnya menganggap parti mereka itu sebagai sebuah parti yang kecil, sebaliknya mereka digesa agar lebih bersikap terbuka supaya objektif perjuangan parti itu khususnya untuk rakyat Sabah akan tercapai.

Setiausaha Agung UPKO Datuk Donald P. Majuntin berkata UPKO kini semakin berkembang apabila jumlah keanggotaanya mencecah hampir 150,000 orang dan dijangka lebih ramai lagi yang akan menyertai parti parti itu.

“Saya mahu ahli-ahli UPKO supaya lebih positif, jika kita mengatakan kita kecil maka kita akan menjadi kecil, saya lebih suka menyatakan UPKO sebagai satu parti yang sedang berkembang pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Merujuk kepada mesyuarat hari ini, Donald berkata ia merupakan acara yang dapat membawa semua anggota parti untuk berbincang mengenai setiap cadangan yang dikemukakan setiap cabang untuk memantapkan perjuangan UPKO.

“UPKO seharusnya sentiasa peka dan dinamik untuk menyesuaikan diri kepada keadaan politik semasa sama ada negeri dan negara tanpa mengorbankan apa jua agenda perjuangan, ideologi dan prinsipnya,” katanya. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini