SEPARUH masa pertama prestasi pasukan yang jersi keramatnya berwarna merah itu amat teruk. Serba-serbi tidak kena, kawalan bola, marking pemain lawan semuanya ke ‘laut’. Akibatnya, pihak lawan berjaya membolosi gawang sebanyak tiga kali, tidak termasuk beberapa percubaan yang mengenai tiang dan palang gol. Maka penuhlah status dalam media sosial oleh penyokong tegar pasukan dibarisi pemain bertaraf bintang itu yang memperlekehkan ‘kekalahan’ lawannya. Komen-komen sinis yang panas itu langsung tidak dibalas…










