KUALA LUMPR 9 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan perlu mencari alternatif lain sebelum mengambil tindakan drastik menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) yang akan mengakibatkan lebih 20,000 kakitangan syarikat itu kehilangan pekerjaan. Mohamed Shafie Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ini termasuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian Sumber Manusia supaya keputusan tersebut tidak dilihat sebagai bermotifkan politik.…










