KUALA KANGSAR 14 Okt. – Menaiki bot penambang dalam keadaan hujan lebat dan arus deras bukanlah perkara asing bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin di Manong dekat sini serta penduduk setempat. Bagi mereka, walaupun pernah menempuh pengalaman mencemaskan apabila bot dinaiki dihanyutkan arus serta ada bot yang karam, namun rutin seharian itu terpaksa diharungi demi kelangsungan hidup. Namun, penduduk dan pelajar terlibat kini boleh menarik nafas lega…










