Jambatan Bengkok bukan keutamaan - Azmin - Utusan Malaysia

Jambatan Bengkok bukan keutamaan – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi perlu meneliti kertas kerja cadangan meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal demikian ini kerana pada ketika ini kerajaan memberi keutamaan kepada projek infrastruktur yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

“Kedudukan fiskal (kewangan) kita tidak begitu baik ketika ini, dan kita perlu memberi keutamaan kepada projek infrastruktur.

“Sebaik sahaja kami terima kertas kerja, kementerian akan melihat cadangan tersebut sama ada kita mempunyai keupayaan untuk meneruskannya atau mungkin ditunda pada masa yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di bangunan Parlimen, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN