PUTRAJAYA 10 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang menubuhkan Sekretariat Komuniti Jawi sebagai inisiatif memperkasa dan memartabatkan tulisan jawi di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sekretariat itu akan dianggotai oleh wakil jabatan-jabatan agama Islam negeri, yayasan, badan-badan berkaitan dan golongan pencinta jawi. Katanya, sekretariat itu antara lain akan menganjurkan persidangan dua kali setahun dan merangka pelbagai program serta inisiatif memartabatkan jawi antaranya menganjurkan Manifestasi…










