KUALA LUMPUR 2 Okt.- Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini memohon sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa gempa bumi di Sulawesi, Indonesia menerusi tabung Rayuan Kecemasan Indonesia yang dilancarkan semalam. Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan di Palu dan Donggala iaitu antara kawasan bencana. “Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) kini berada di lapangan bersama rakan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan…










