Iran bedil Ibu pejabat Daesh di Syria - Utusan Malaysia

Iran bedil Ibu pejabat Daesh di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN 1 Okt. – Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Ibu pejabat kumpulan pengganas Daesh di Syria sebagai tindakan balas terhadap kumpulan terbabit.

Pada 22 September lalu, kumpulan pengganas melepaskan tembakan ke arah perbarisan tentera di bandar Ahvaz, menyebabkan sekurang-kurang­nya 30 orang anggota Pengawal Revolusi Iran terbunuh.

“Ibu pejabat Daesh di timur Euphrates yang bertanggungjawab terhadap jenayah keganasan di Ahvaz, diserang beberapa minit lalu menggunakan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Pengawal Revolusi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan laporan awal, ramai pengganas dan pemimpin mereka terbunuh dalam sera­ngan terbabit,” kata Pengawal Revolusi Iran dalam laman sesawang rasminya.

Pengawal Revolusi Iran mengeluarkan beberapa keping gambar peluru berpandu yang dilancarkan.

Menurut agensi berita Fars, Pengawal Revolusi Iran me­lancarkan beberapa peluru berpandu jarak sederhana iaitu Zolfaghar dan Qiam yang mampu mengenai sasaran antara 750 hingga 800 kilometer.

Kata laporan itu, peluru berpandu itu mengenai bandar Albu Kamal di barat Sungai Euphrates, timur wilayah Deir Ezzor.

“Letupan kuat kedengaran pada awal pagi tadi di kubu terakhir Daesh berdekatan Albu Kamal,” kata Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini