IPIC: Najib, Irwan didakwa esok - Utusan Malaysia

IPIC: Najib, Irwan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi siasatan lanjut berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Selain beliau, turut dipanggil SPRM ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka akan hadir ke Ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada kira-kira pukul 2 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan SPRM dijangka menahan Irwan Serigar sebelum mendakwa beliau di mahkamah Khamis ini.

“Namun, bekas Perdana Menteri mungkin tidak akan ditahan dan akan dibebaskan sebaik sahaja keterangan diambil,” kata­nya di sini hari ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun mungkin menghadapi sekurang-kurangnya enam pertuduhan membabitkan kes yang sedang disiasat.

“Bagaimanapun, jumlah pertuduhan yang bakal dihadapkan terhadap Irwan Serigar masih belum dapat dipastikan,” jelasnya.

Pada 16 Oktober lalu, akhbar mela­porkan Najib telah dipanggil ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada (IPIC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini