KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sedih dan terkejut dengan sikap menteri dan timbalan menteri Pakatan Harapan (PH) yang beberapa kali gagal menghadiri sidang Dewan Rakyat. Menurut beliau, apa pun alasan yang dikemukakan sama ada sibuk atau tidak berada di dalam negara, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Dewan Rakyat ketika ini sedang membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11…










