Indeks jenayah Batu Gajah meningkat 5.4 peratus - Utusan Malaysia

Indeks jenayah Batu Gajah meningkat 5.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH 30 Okt. – Kadar indeks jenayah di daerah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus atau empat kes bagi tempoh 1 Januari hingga kini berban­ding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari berkata, pada tahun ini sebanyak 78 kes dilaporkan dengan 54 kes berjaya diselesaikan.

Katanya, pihaknya juga berjaya menyelesaikan 44 atau 59.5 peratus daripada 74 kes pada tahun lalu.

“Kegiatan jenayah membabitkan kecurian motosikal mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu sebanyak 27 kes berbanding tahun lalu iaitu 22 kes.

“Daripada jumlah itu, 17 kes berjaya diselesaikan de­ngan 14 orang telah ditangkap dan dituduh di mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di sini hari ini.

Ahmad Tarmizi berkata, kes kecurian motosikal itu bagaimanapun tidak melibatkan sindiket dan hanya dilakukan individu yang mengambil kesempatan atas kecuaian pemilik kende­raan.

Katanya, selain kes kecurian motosikal, kegiatan pecah rumah juga merupakan antara penyumbang terbesar jenayah di daerah itu dan kebanyakannya berlaku di rumah tinggal.

“Walaupun indeks jenayah di daerah ini naik kepada empat kes namun ia masih dalam keadaan terkawal. Pelbagai pendekatan dilaksanakan dalam usa­ha menyediakan suasana harmoni untuk semua pihak.

“Masyarakat juga diminta bersama-sama membantu pihak polis dengan melaporkan sebarang kejadian di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN