MENYUSURI Sungai Mekong dengan menaiki bot persiaran Angkor pada waktu senja adalah pengalaman amat indah terutama bagi sesiapa sahaja yang pertama kali melihat dan merasai suasana itu. Pemandangan kota metropolitan Phnom Penh, Kemboja yang pesat membangun dengan latar belakang pelbagai bangunan pencakar langit, menjadi lebih menarik dengan adanya beberapa bangunan tinggalan penjajah yang jelas kelihatan dari Sungai Mekong. Paling menyerlah ialah Royal Palace yang dibina pada 1917 dengan bumbung berwarna…










