Hutang: Jangan cakap sahaja - Utusan Malaysia

Hutang: Jangan cakap sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kini sudah tiba masa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan pelan perancangan strategik bagi menangani masalah hutang negara yang dilaporkan mencecah RM1 trilion.

Mohd. Nazari Ismail

Pensyarah di Jabatan Strategi Bisnes dan Polisi, Fakulti Bisnes dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail berkata, kerajaan tidak seharusnya berterusan bercakap me­ngenai perkara tersebut kerana isunya sudah diketahui umum dan mula dianggap lapuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tegas beliau, apa yang diharapkan rakyat kini adalah bagaimana kerajaan baharu mampu mencari jalan keluar kepada permasalahan itu.
“Baguslah kerajaan sekarang menganggapnya (hutang negara) sebagai serius, tetapi kena pandai (menyelesaikan) bukan cakap-cakap sahaja.

“Sebagai contoh kerajaan kena hapuskan ketirisan dan kena bagi jangkaan yang realistik,” katanya ketika ditemui selepas forum randau Majlis Perundi­ngan Melayu (MPM) bertajuk Ekonomi Islam @ Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, hutang negara adalah lebih besar daripada RM1 trilion, namun kerajaan menyembunyikannya kerana bimbang negara menjadi muflis seperti Greece.

Mengulas lanjut, Mohd. Nazari berkata, masalah hutang negara pada dasar­nya adalah membimbangkan dan jika kerajaan tidak kawal masalah berkenaan boleh menjadi lebih besar.

Selain itu, beliau berharap nilai dalam masyarakat juga diubah untuk tidak cenderung kepada situasi berhutang, sebaliknya mengamalkan perbelanjaan sihat serta berjimat cermat.

“Bagi saya, apa-apa bentuk hutang membimbangkan dan hutang kerajaan sentiasa meningkat. Sebab apa kerajaan buat adalah, apabila hutang itu matang, biasanya dia akan isukan bon, jadi bila bon matang akan wujud hutang lain balik,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini