PULAU PINANG 15 Okt. – Penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) secara umumnya bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama, penyertaan yang diterima daripada pelbagai kaum serta pelbagai peringkat umur menjadikan HSN sebagai wadah paling sesuai dalam mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum. Di Pulau Pinang, HSN juga dianggap sebagai medan terbaik untuk melahir, mengetengahkan serta mencungkil bakat-bakat sukan baharu khususnya daripada kalangan generasi muda. Hakikat itu diakui…










