JOHOR BAHRU 8 Okt. – Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini merancang untuk memperluaskan kerjasama dengan hospital pakar di negeri ini dalam operasi pemindahan organ. Koordinator Pusat Sumber Transplan Kebangsaan HSA, Dr. Faizal Zuhri Aziz berkata, kerjasama yang dijalankan itu adalah dengan menawarkan kepakaran bagi tujuan tersebut. Menurutnya, buat masa ini, terdapat tiga buah hospital pakar iaitu KPJ Puteri, Hospital Regency dan Gleneagles yang mahu menjalankan kerjasama tersebut bersama-sama mereka.…










