MELAKA 8 Okt. – Hospital Pantai Ayer Keroh (HPAK) menjadi pusat perubatan pertama di selatan tanah air menggunakan mesin terbaharu untuk menangani masalah penyakit jantung koronari iaitu Philips Allura Xper FD 10/10 Sistem Imbasan Sinar X Biplane tiga dimensi (3D). Peralatan yang bernilai keseluruhan RM3.8 juta itu akan digunakan di makmal Katheterisasi Jantung hospital itu untuk membuat prosedur bagi mengetahui tahap kesihatan jantung pesakit. Ketua Pegawai Eksekutif HPAK, Tan Yew…










