Hasanah selesai bayar ikat jamin - Utusan Malaysia

Hasanah selesai bayar ikat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid meninggalkan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.50 petang selepas selesai membayar wang ikat jaminnya.

Mahkamah Sesyen sebelum itu menetapkan ikat jamin terhadap Hasanah sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 29 November ini untuk sebutan kes.

Hasanah, 61, terdahulu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia sebanyak AS$12.1 juta (RM50.43 juta), pada April dan Mei lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN