Hari Habitat Sedunia pupuk kitar semula - Utusan Malaysia

Hari Habitat Sedunia pupuk kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 1 Okt. – Sambutan Hari Habitat Sedunia 2018 di Dataran Boulevard anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini mampu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tempat tinggal kondusif dan selesa selain kepentingan pengurusan sampah.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat MBPJ, Ahmad Iskandar Muhammad Mukhtar berkata, sambutan itu merupakan acara global yang diadakan pada hari Isnin minggu pertama dalam bulan Oktober setiap tahun.

Ahmad Iskandar berkata, pihaknya menggunakan konsep kitar semula seiring dengan tema tahun ini ‘Municipal Solid Waste Management’ kepada orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia bertujuan mewujudkan kerjasama dengan Green Movers Club untuk membentuk ‘kelab anti buang sampah’ yang terdiri daripada sukarelawan dari Institusi German-Malaysia (GMI) sebagai pengawal kebersihan selain mengedar risalah mengenai kepentingan kebersihan kepada orang ramai,” katanya.

Seterusnya, MBPJ turut memperkenalkan Pasar 3R (3R Market) yang menjual barangan terpakai dan produk organik sebagai salah satu inisiatif untuk menjadi platform orang ramai mengamalkan konsep kitar semula.

Tambahnya, lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Jeram di Selangor juga merupakan salah satu acara dalam program itu melibatkan orang awam dan kakitangan MBPJ.

Program turut dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi. bin Mohd. Zain. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini