PETALING JAYA 1 Okt. – Sambutan Hari Habitat Sedunia 2018 di Dataran Boulevard anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini mampu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tempat tinggal kondusif dan selesa selain kepentingan pengurusan sampah. Penolong Pengarah Komunikasi Korporat MBPJ, Ahmad Iskandar Muhammad Mukhtar berkata, sambutan itu merupakan acara global yang diadakan pada hari Isnin minggu pertama dalam bulan Oktober setiap tahun. Ahmad Iskandar berkata, pihaknya menggunakan konsep…










