KUALA LUMPUR 18 Okt. – Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal sebagai langkah segera yang dilaksanakan bagi mereformasikan sistem politik, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dr. Mahathir ketika membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020: Keutamaan dan Penekanan Baharu berkata selain itu, Perdana Menteri juga tidak dibenarkan untuk memegang portfolio lain. Langkah tersebut merupakan sebahagian…










