Gusar banjir teruk - Utusan Malaysia

Gusar banjir teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 30 Okt. – Saban tahun pekan ini akan ditenggelami banjir kesan limpahan air Sungai Golok apabila musim tengkujuh me­landa kawasan berkenaan.

Walaupun perkara tersebut sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka, namun penduduk di kawasan tersebut gusar apabila melihat kerajaan Thailand sedang rancak membina tebatan banjir di tebing su­ngai berkenaan ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati benteng setinggi 1.5 meter sepanjang lebih dua kilo­meter sedang dibina oleh kerajaan negara tersebut bagi mengelakkan limpahan air su­ngai berkenaan memasuki kawasan mereka.

Difahamkan, pembinaan tersebut akan menyebabkan pekan ini akan mengalami banjir lebih teruk daripada biasa, bukan itu sahaja pertambahan paras air sebanyak satu meter dijangka berlaku sekiranya hujan lebat di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk, Nik Fariman Nudin Che Ismail,45, berkata, dia gerun memikirkan banjir tahun ini selepas melihat kerancakkan kerja-kerja pembinaan benteng di Thailand.

“Pembinaan benteng ini akan menyebabkan kawasan Rantau Panjang menjadi lebih rendah dan tidak mustahil banjir besar akan berlaku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, bukan itu sahaja pembinaan benteng tersebut dijangka menyebabkan aliran air Sungai Golok menjadi deras sekaligus boleh menghanyutkan rumah-rumah pen­duduk di sepanjang tebing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN