Guru Tabika rugi RM1,850 terpedaya sindiket parcel scam - Utusan Malaysia

Guru Tabika rugi RM1,850 terpedaya sindiket parcel scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Belaga dekat Bintulu menjadi mangsa terbaharu sindiket ‘parcel scam’ di negeri ini yang menyebabkan kerugian RM1,850.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, kejadian itu berlaku antara 28 Ogos hingga 2 Oktober lalu bagaimanapun mangsa seorang wanita hanya membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 42 tahun itu dihubungi seorang lelaki melalui telefon dengan memperkenalkan diri sebagai Ben Marshall dari Scotland, United Kingdom.

“Suspek mengatakan telah mengirim bungkusan hadiah kepada mangsa dan memberitahu mangsa perlu membayar wang sebanyak RM1,850 bagi perlepasan cukai lapangan terbang. Mangsa telah terpedaya dan memasukkan wang sekali ke akaun suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafa Kamal berkata, pihaknya turut menerima dua aduan melibatkan penipuan Macau Scam di mana seorang mangsa mengalami kerugian RM900 manakala seorang lagi berjaya mengelak daripada ditipu semalam.

Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 27 tahun dihubungi melalui telefon dengan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendakwanya terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Berikutan itu mangsa telah buat pemindahan wang sebanyak RM900 melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) sebanyak dua kali,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN