KUCHING – Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Belaga dekat Bintulu menjadi mangsa terbaharu sindiket ‘parcel scam’ di negeri ini yang menyebabkan kerugian RM1,850. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, kejadian itu berlaku antara 28 Ogos hingga 2 Oktober lalu bagaimanapun mangsa seorang wanita hanya membuat laporan polis semalam. Beliau berkata, mangsa seorang wanita berusia 42 tahun itu dihubungi seorang lelaki melalui telefon dengan memperkenalkan diri sebagai Ben…










