Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus - Utusan Malaysia

Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 Okt. – Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara, meletus pagi ini.


GUNUNG Berapi Soputan di Tompaso, Sulawesi Utara, Indonesia meletus hari ini. – REUTERS

Gunung itu meletus pada 8.47 pagi tadi (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter yang kepulannya menghala ke arah barat laut, namun setakat ini dilaporkan tidak menjejaskan aktiviti penduduk atau mengganggu operasi penerbangan pesawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan melarang penduduk melakukan kegiatan dalam lingkungan empat kilometer dari gunung berkenaan.

Buat masa ini BNPB serta Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang memantau perkembangan letusan gunung berapi itu.

Kali terakhir gunung berapi berketinggian 1,784 meter yang terletak kira-kira 56 kilometer dari Kota Manado itu meletus ialah pada 2015. – BERNAMA





Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini