PUCHONG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan kaedah mengepam air dari kawasan Lombong Taman Putra Perdana di sini bagi mengesan remaja lelaki yang dilaporkan lemas semalam. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pendekatan tersebut diambil untuk mengurangkan kapasiti air di dalam lombong berkenaan bagi mengesan mangsa. “Kami akan menggunakan satu pam air yang mempunyai kemampuan untuk menyedut 20 kubik meter air per saat dan…










