Guna AMLA banteras penyeludupan - Utusan Malaysia

Guna AMLA banteras penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Polis akan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) terhadap ketua dan dalang jenayah penyeludupan dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, akta itu akan diguna pakai selain Akta Kastam 1967.

“Polis Johor komited untuk membanteras semua aktiviti penyeludupan khususnya melibatkan rokok dan minuman keras di seluruh negeri.

“Hingga hari ini, seramai 67 individu yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan telah ditahan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi.

Dalam dua serbuan yang dijalankan di Mersing pada 10 Oktober dan di Kota Tinggi pada 13 Oktober lalu, polis berjaya merampas barang seludup dan barangan lain bernilai RM17 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN