ARAU 29 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menasihatkan para graduan supaya bijak mengawal perbelanjaan bagi mengelak risiko berhutang terlalu tinggi yang antara faktor penyumbang golongan belia menjadi muflis. Baginda bertitah, berbelanjalah mengikut keutamaan dan kemampuan, mengawal nafsu dalam perbelanjaan dan tidak membazir seterusnya bersederhanalah dalam semua perkara. Kegagalan menguruskan kewangan dengan baik telah menyebabkan sesetengah golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun yang kini hidup dalam tekanan, titah baginda. Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen Ke-13, Universiti Malaysia Perlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya