Geran persatuan penduduk dibayar hujung tahun - Utusan Malaysia

Geran persatuan penduduk dibayar hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 6 Okt. – Geran Persatuan Penduduk yang telah diluluskan peruntukkannya oleh kerajaan sebelum ini akan dibayat selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perdaftaran Pertubuhan, Masyati Abang Ibrahim berkata, kerajaan telah mengarahkan supaya pembayaran tersebut diteruskan kepada persatuan yang telah diluluskan.

Bagaimanapun, katanya, pembayaran sebanyak RM10,000 itu hanya akan diberikan kepada persatuan penduduk yang telah dipilih sebelum ini dan bukannya kepada permohonan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan lihat dari tahun ke tahun dan meneliti lagi permohonan-permohonan yang akan datang dan apa yang sudah diluluskan kerajaan terdahulu. Kita akan buat pembayaran kerana sudah ada komitmen dan akan disegerakan.

“Geran ini dikeluarkan oleh jabatan namun permohonan baharu, itu belum lagi kita proses,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi dialog bersama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini