JAKARTA 2 Okt. – Dua gempa bumi yang berlaku di pulau Sumba awal pagi ini mencetuskan panik dalam kalangan penduduk tempatan sehingga memaksa mereka lari menyelamatkan diri. Gempa bumi pertama berukuran 5.9 skala Richter berlaku pada pukul 6.59 pagi waktu tempatan, kira-kira 40 kilometer dari Sumba yang menempatkan sebanyak 750,000 penduduk. Gempa kedua pula menyusul 15 minit kemudian dengan kekuatan 6.0 magnitud di kawasan yang sama pada kedalaman 30 kilometer.…










