PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menggantung lesen memandu kenderaan seumur hidup bagi pesalah jalan raya yang menyebabkan kemalangan maut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pada ketika ini di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman gantung lesen selama tiga tahun bagi kesalahan pertama dan 10 tahun untuk kesalahan kedua adalah terlalu ringan dan tidak cukup ketat.
“Kalau orang itu menyebabkan kematian dari tarikh bersalah, dia hanya digantung lesen selama tiga tahun dan masih boleh memandu. Bagi saya undang-undang cukup longgar. Saya dah bincang banyak kali dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat kembali seksyen ini.
“Kita hendak mempertimbangkan mana-mana pemandu yang sebabkan kematian, kita akan gantung lesen seumur hidup dan tidak boleh memandu langsung.
“Namun, ini melibatkan pindaan akta yang akan mengambil sedikit masa untuk kajian dan proses pindaan melibatkan Pejabat Peguam Negara,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











