IPOH 3 Okt. – Seluruh pasukan Perak bakal menerima ganjaran jika berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan mengalahkan Sabah. Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, jumlah insentif akan diumumkan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam sesi bertemu pemain Bos Gaurus esok. Katanya, insentif itu untuk akan memberi suntikan semangat selain nilai tambah untuk pemain beraksi lebih bersemangat seperti mana pada aksi suku akhir…










