Gambar dikecam netizen, Syed Saddiq nasihatkan media - Utusan Malaysia

Gambar dikecam netizen, Syed Saddiq nasihatkan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi peringatan kepada pengamal media supaya berwaspada ketika melaporkan berikutan kecaman diterima beliau selepas berkongsi gambar tidak berbaju di dalam tab mandi dalam media sosial.

Meskipun ‘kesilapan’ itu dilakukan sendiri oleh Ahli Parlimen Muar tersebut, namun Syed Saddiq tidak semena-mena menuding jari kepada media.

“Kalau boleh buat liputan mengenai isu yang lebih pentinglah. Itu saya rasa lebih mustahak.

“Media pun was-was (waspada) buat laporan juga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Syed Saddiq memuat naik gambarnya tidak berbaju di dalam tab mandi dalam laman sosial selepas menyertai program bersempena Hari Sukan Negara.

Malang bagi beliau apabila tindakan itu menerima kecaman dalam kalangan netizen.

Mungkin menyedari tindakannya itu tidak disenangi netizen, Syed Saddiq membuat keputusan memadam gambar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN