PASIR MAS – Tindakan pantas seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan ibu dan tiga adiknya daripada rentung apabila kediaman mereka di kuaters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Pasir Mas di Kubang Terap, di sini kelmarin musnah dijilat api. Kejadian pada pukul 9.55 malam itu berlaku ketika Nur Ain Fitri Abdul Rahman, 16, terhidu bau hangit ketika hendak tidur. Nur Ain Fitri berkata, dia terus bangun dan membuat pemeriksaan sebelum ternampak percikan…










