Forum Kenali Anak Pintar - Utusan Malaysia

Forum Kenali Anak Pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 30 Okt. – Adakah anak anda mempunyai ciri-ciri anak pintar?

Bagi memberi kefahaman dan kesedaran tentangnya perlunya kelebihan yang dimiliki terus dipupuk, Persatuan Kebajikan Keluarga dan Pelajar Pintar Terengganu (PKKPPT) akan menganjurkan Forum Kenali Anak Pintar yang terbuka kepada umum di sini Sabtu ini.

Forum dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri akan berlangsung  di bilik syarahan Pejabat Daerah.

Menurut Pengerusi PKKPPT, Shukri A Rahman, forum membariskan ahli panel terdiri daripada
Pengarah Pusat Permata Pintar Negara, Prof. Dato Dr. Noriah Mohd Ishak bersama timbalannya
Prof. Madya Dr. Rorlinda Yusof dan Penyelaras Pra Kolej dan Pencarian Bakat Kolej Permata Insan, Nor Adlyizan Theis.

Program yang melibatkan dua kolej permata negara itu bermatlamatkan untuk menarik lebih ramai penyertaan anak- anak pintar dari Terengganu.

DifahamkanTerengganu merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai àpersatuan sebagai salah satu usaha menguruskan kebajikan pelajar anak negeei yang belajar di dua kolej tersebut.

Orang ramai yang berminat, bolehlah berhubung dengan Zamri Mohamad di talian 019 915 8080 – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN