RIJEKA, Croatia – Ketua jurulatih England, Gareth Southgate tetap gembira de- ngan persembahan anak buahnya ketika aksi menentang Croatia di pentas Liga Negara-Negara Eropah walaupun sekadar menamatkan saingan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Menurut pengendali berusia 48 tahun itu, persembahan yang disajikan oleh skuad The Three Lions lebih cemerlang berban-ding perlawanan menentang Sepanyol yang menyaksikan mereka tewas 1-2 September lalu. “Pada aksi sebelum ini, kami tidak boleh mencipta tekanan terhadap pasukan lawan sehingga saya terpaksa merombak strategi pasukan. Hari ini (semalam), semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan baik serta boleh mengawal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya