Fitnah: Polis akan ambil keterangan Mohd. Rafiq - Utusan Malaysia

Fitnah: Polis akan ambil keterangan Mohd. Rafiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 15 Okt. – Polis akan mengambil keterangan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berhubung laporan yang dibuat oleh beliau berhubung kenyataan fitnah.

RAJA SHAHROM RAJA ABDULLAH
RAJA SHAHROM RAJA ABDULLAH 

Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, laporan polis telah dibuat sendiri oleh Mohd. Rafiq bersabit dengan fitnah ke atas dirinya semalam.

“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Memandangkan beliau tidak ada di dalam negara kerana urusan rasmi, jadi polis tidak dapat menjalankan siasatan lebih terperinci kerana kita menunggu untuk mengambil kenyataan beliau.

“Jadi kita sedang menunggu beliau untuk pulang ke negara, kemudian baru kita akan buat siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Rafiq semalam membuat satu laporan di Balai Polis Tanjung Minyak mendakwa beliau telah difitnah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan imbuhan daripada pelabur-pelabur yang ingin melabur di negeri ini.

Pada masa sama, laporan itu turut menyebut pencemaran udara dan pantai disebabkan oleh pengangkutan arang di Pelabuhan Tanjung Bruas mengaitkan Ketua Menteri, Adly Zahari; Mohd. Rafiq dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN