KLANG 9 OKT. – Beberapa kawasan berisiko dilanda banjir di daerah ini ekoran fenomena air pasang besar bermula hari ini dilaporkan terkawal. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pemantauan pihaknya di lokasi yang dijangka terjejas setakat pukul 7 pagi ini mendapati keadaan terkawal dan tiada limpahan air laut berlaku. “Lokasi yang dipantau ialah di Kampung Tok Muda; Batu 4, Jalan Kapar; Batu 5, Jalan…










