MELIHAT tapir di depan mata merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh Jancy William, 19. “Haiwan ini mesti dijaga agar semua orang berpeluang melihatnya dan ia tidak pupus di dunia ini,” katanya ketika menyertai sambutan Minggu Alam Sekitar di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Jalan Sabak Bernam, Selangor anjuran Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (Perkam) bersama Renjer Konservasi Alam Malaysia baru-baru ini. Seramai 125 orang peserta menyertai Minggu Alam…










