SHAH ALAM – Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDM) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) yang lemas ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat seorang remaja di Taman Putra Perdana Puchong malam tadi mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid, biarpun dalam keadaan gelap, kerja-kerja menyelamat mangsa diteruskan berikutan ia dijalankan atas permukaan air (surface water rescue). “Selalu orang mempersoalkan kenapa perlu menyelam malam, kalau keadaan mengizinkan kita buat juga…










