SEBERANG PERAI – Empat sekeluarga terdiri pasangan suami isteri bersama dua anak mereka cedera apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta yang memasuki arah sama di Jalan Permatang Buloh di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, pemandu kereta terbabit dilaporkan mengalami kecederaan pada muka dan patah kaki akibat tersepit di tempat duduk manakala isterinya luka ringan pada badan. Anak lelaki pasangan itu berusia dua tahun…










