PASIR MAS 4 Okt. – Pemergian anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan seorang remaja yang lemas dalam lombong di Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi cukup membanggakan ibunya. Wan Kamilah Wan Yaacob, 53, berkata, dia reda dengan kejadian itu kerana Muhammad Hifdzul atau lebih mesra dengan panggilan Joe pergi ketika menjalankan tugas yang cukup diminatinya itu sejak kecil lagi.…










