Eksport tahun lalu naik 19.2 peratus - Utusan Malaysia

Eksport tahun lalu naik 19.2 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 1 Okt. – Jumlah eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan antara komponen terpenting sektor pembuatan dan eksport negara pada tahun lalu meningkat sebanyak 19.2 peratus berbanding 2016.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking berkata, sebanyak RM343 bilion dicatatkan pada 2017 berbanding jumlah eksport dua tahun lalu yang hanya mencapai RM287.81 bilion.

“Sehingga Julai tahun ini pula, jumlah eksport produk E&E negara telah mencapai angka RM34.5 bilion iaitu 40.1 peratus daripada nilai keseluruhan eksport Malaysia yang juga menyaksikan peningkatan sebanyak 23.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, Statistik Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) yang terkini juga meramalkan pasaran semikonduktor dunia akan berkembang sehingga 12.4 peratus pada tahun ini,” katanya selepas melancarkan Projek Pembinaan Pencawang 132 kilovoltan Syarikat STMicroelectronics Sdn. Bhd. di Tanjung Agas, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh serta Naib Presiden Kumpulan dan Pengurus Besar STMicroelectronics Muar, Tan Chun Sheng. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini