PULAU PINANG 8 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemungut hutang atas dua pertuduhan mengedar dadah kira-kira tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya. Pada masa sama, Abdul Wahab turut memerintahkan tertuduh, Keow Sze Teve, 36, menjalani hukuman penjara selama 16 tahun dan dikenakan…










