KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemuda setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 176.85 gram, tiga tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Azam Abd. Aziz setelah mendapati pihak pendakwa telah membukti kes terhadap tertuduh, Syed Muhammad Shahril Hazwan Syed Abdullah, 25. Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai perabot…