KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pemain Amerika Syarikat (AS), Nick Watney mencuri perhatian ramai dengan eagle menarik di lubang ke-18 dalam saingan hari pertama kejohanan golf CIMB Classic yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini. Watney yang juga juara edisi 2012 melakukan chipping dari dalam bunker berhampiran green sebelum bolanya terkena pin dan masuk ke dalam lubang dan aksi itu disambut dengan sorakan daripada penonton…










