KUALA LUMPUR 23 Okt. – Dua pelajar tingkatan tiga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini sebentar tadi atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 13 tahun pada Julai dan September lalu. Kedua-dua remaja lelaki berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Iriane Isabelo. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh juvenil itu masing-masing didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan satu di dewan…










